Monday, April 9, 2012


Panduan Penjagaan Produk

Produk ini adalah 100% dari bahan- bahan semula jadi. Penjagaan yang baik 
adalah perlu bagi memastikan produk ini tidak rosak. Antara tips-tips penjagaan adalah seperti berikut:
  • Jangan dedahkan produk dengan kotoran/ permukaan yang kotor.
  • Jangan biarkan / simpan produk di tempat yang bersuhu tinggi (contoh: kereta)
  • Guna produk tidak melebihi 4 bulan selepas tarikh mula digunakan (produk tidak dijamin berkualiti lagi selepas tempoh 4 bulan tersebut)
  • Simpan produk di tempat bersuhu bilik dan bersih
Selamat menggunakannya;)

Sunday, April 8, 2012

PERBEZAAN JENIS SABUN SF BEAUTY

Sabun pembersih wajah Sf Beauty dirumus dari ekstrak buah dan rempah ratus tempatan terpilih, diperkaya dengan Vitamin C dan E untuk memelihara kelembutan dan kelembapan kulit secara alami. Didatangkan dengan 2 pilihan untuk pengguna, bersesuaian dengan masalah dan jenis kulit yang mereka miliki. Ia mengandungi asid glycolic (terhasil dari buah-buahan), yang berperanan mengangkat sel2 kulit mati secara lembut, dan memberi kesan penggelupasan yang sangat minimum serta menghalang pertumbuhan jerawat.

Vitamin C (asid askorbik) dalam sabun pembersih Sf Beauty membantu mereka yang bermasalah jerawat dengan mengawal pembiakan bakteria penyebab jerawat, mempercepatkan kesembuhan luka, merawat parut serta menguatkan tisu kulit dan badan. Vitamin C amat diperlukan dalam proses pembentukan kolagen, iaitu jalinan protein penting yang berperanan membentuk lapisan kulit sihat dan kuat. Selain itu, Vitamin C juga berupaya mengawal pengeluaran sebum berlebihan yang menyebabkan kulit sangat berminyak, yang akhirnya menutup pori2 kulit dan menyebabkan bintik putih dan hitam di wajah. Dengan amalan berterusan, kulit tampil lebih licin, halus dan anjal.

Manakala sabun pembersih Sf Beauty berumusan Vitamin E (tocopherol acetate) pula bersifat antioksidan yang melindungi kulit dari kerosakan yang berpunca akibat sinar UV serta pencemaran. Ia mengaktifkan metabolisma bagi merangsang pertumbuhan kulit baru yang sihat, membantu sel2 kulit mendapat lebih oksigen dan kekal lembab. Hasilnya kulit lebih licin berseri, cerah serta mengelakkan penuaan pramatang seperi kedutan halus dan jeragat.
KESIMPULANNYA:
Jika anda miliki parut-parut jerawat lama tapi status sekarang jerawat baru tiada lagi atau sekadar naik 2-3 biji sebulan, pilih yang vit-E (kuning). Ia membantu mempercepatkan sel-sel baru tumbuh lebih sihat, akhirnya parut-parut tu akan pudar dan hilang secara semulajadi. Yang sabun vit-C (hijau) tu untuk mereka yg statusnya memang jerawat tengah membiak-biak di wajah. Sabun ini akan mempercepatkan jerawat kecut dan sembuhkan luka.

Monday, April 2, 2012

SF BEAUTY:

SF BEAUTY adalah salah satu daripada produk yang telah berjaya mencungkil rahsia alam yang terdiri daripada tumbuh-tumbuhan herba serta buah-buahan. Terlalu banyak rahsia herba/buah-buahan yang kita ketahui boleh merawat pelbagai penyakit selain daripada digunakan secara meluas oleh semua lapisan masyarakat seluruh dunia bagi mengekalkan kecantikan, melewatan penuaan,merawat parut dan luka. Masyarakat Melayu, Cina dan India sering menjadikan tumbuh-tumbuhan sebagai bahan asas dalam menjaga kecantikan.

SF BEAUTY juga turut mengorak langkah menyingkap rahsia tersebut maka terhasillah satu produk rawatan wajah yang 100% dari sumber semula jadi. Terlalu banyak testimoni yang membuktikan SF BEAUTY telah berjaya merawat masalah kulit kusam, jerawat dan jeragat. Oleh itu marilah menggunakan SF BEAUTY tanpa ragu. 

KANDUNGAN SF BEAUTY:

Selain kunyit, kandungan yang ada dalam produk krim siang Sf Beauty ialah temulawak. Sejenis tumbuhan herba yang turut kaya antioksidan yang melambatkan proses penuaan, turut berkesan mengubati jerawat dan merawat bintik2 hitam pada kulit.

Krim malam Sf Beauty pula diperkaya dengan sumber tumbuh-tumbuhan pergunungan serta zat tambahan dari sarang burung walit. Ia berupaya menyubur dan merangsang sel kulit agar sentiasa awet muda, halus, licin, lembut dan anjal. Selain menyegar dan melembabkan kulit, khasiat sarang burung walit juga boleh mengurangkan kedutan halus serta mencerahkan wajah.

Bagi sabun pembersih pula, ia ada campuran ekstrak buah-buahan dan madu lebah. Keistimewaan madu lebah memang sudah diketahui umum dalam memberikan kesihatan dan kecantikan kulit sejak zaman berzaman.

Gunakan set produk Sf Beauty secara teratur dan hasilnya pasti memuaskan hati anda. Ia produk yang selamat dan tiada kesan sampingan, malahan tidak membuatkan kulit kembali gelap atau kusam sekiranya pengguna berhenti menggunakannya.

Monday, February 6, 2012

sf beauty (SIGNIFICANCE FINDING..PENEMUAN YANG BERNILAI )

SF beauty penemuan daripada sumber semulajadi utk rawatan kulit yang ringkas bagi menyerlahkan kecantikan semulajadi. SF beauty bertindak meningkatkan metabolisma kulit dgn penjanaan sel-sel baru, merencatkan proses penuaan, mengurangkan garis-garis halus, menambahkan ketegangan kulit dan mengekalkan kelembapan semulajadi agar kelihatan muda sentiasa.

Mengandungi Vitamin E utk merawat muka dengan menghilangkan jerawat,jeragat,bekas jerawat, mengecilkan pori-pori serta mencerahkan kulit muka anda.

(bagi yang kulit berjeragat dan pigmentasi sangat lah di syorkan)


Produk ini telah mendapat kelulusan dari KKM. Anda tidak perlu meraguinya kerana tiada bahan merbahaya dalam produk ini. 

SF beauty Soap : NOT 110600593K
SF Day Cream : NOT 110600594K
SF Ninght Cream: NOT 110600595K 
Panduan Penggunaan
• cuci muka dengan sabun 2 kali sehari
• gunakan krim malam pada malam hari
• gunakan krim siang pada siang hari (sbg pelindung uv) jika awal penggunaan muka terasa pedih, hentikan penggunaan krim malam tetapi teruskan dengan krim siang dan sabun. Selepas 2,3 hari gunakan semula krim malam. 
Antara kesan awal yang biasa ialah rasa gatal di tempat yang bermasalah dan pengeluaran minyak berlebihan(biasanya kesan ini hanya sementara dan akan beransur kurang). Kadang kala bagi kulit yang kurang mendapat penjagaan sebelumnya akan berlaku sedikit penggelupasan HALUS di bahagian bermasalah. 

Berapa lama kesan??
1- 3 minggu sudah nampak kesanya. kulit akan mendapat kelembapan semulajadi. 

Produk ini tidak MENIPISKAN dan MEMERAHKAN kulit muka . Ia membersih kulit secara SEMULAJADI.

Untuk kulit yang sensitif dan berpenyakit tidak digalakkan mencuba. Terutamanya kulit yang alah pada bahan-bahan kosmetik.

SF Beauty Soap: NOT 110600593 K
-Warna hijau (Vit-C): untuk kulit yang sedang bermasalah jerawat yang teruk. Rumusan yang kaya vitamin C mampu mengecutkan jerawat, memperbaiki sel2 rosak dan menjauhkan pertumbuhan jerawat baru.

-Warna kuning (Vit-E): sesuai untuk kulit normal, matang, kusam, parut2 jerawat lama, pori2 besar dan berjeragat.

-sabun Sf Beauty adalah asas penting dalam penjagaan wajah harian. Ia berfungsi untuk membersih, menyegar dan mengekalkan kelembapan kulit secara alami menjadikan kulit lebih lembut dan halus.

-cuci wajah 2 kali sehari (pagi/malam) setiap hari.

SF Day Cream: NOT 110600594 K
-berpelindungan UV menjauhkan selaran matahari, meratakan warna kulit, melembut dan menyihatkan wajah. Tidak berminyak. Sapu menipis sahaja sudah memadai.

-gunakan waktu siang 1 kali sehari. Tidak perlu lagi penyegar dan pelembab lain. juga sesuai sebagai alas bedak sebelum bersolek.

SF Day Night: NOT 110600595 K
-merawat, menghilangkan parut jerawat/jeragat serta kedutan halus, mencerah dan menganjalkan kulit. Anda dapat rasai perbezaannya apabila bangkit waktu pagi.

-sapu pada kulit setiap malam sebelum tidur (boleh kurangkan penggunaan kepada 2-3 kali seminggu sahaja apabila kesihatan/kecantikan kulit seperti diidamkan diperolehi).

SET TRIAL 
HARGA PASARAN:RM79.90
HARGA KAMI:RM68




SET BESAR (Vit-E) 
HARGA PASARAN:RM119.80
HARGA KAMI:RM98




SET BESAR(Vit-C)
HARGA PASARAN:RM124.80
HARGA KAMI:RM108

Kami juga menjualnya secara loose item:
HARGA PASARAN:RM44.90
HARGA KAMI:RM39.00


HARGA PASARAN:RM39.90
HARGA KAMI:RM34.00

 HARGA PASARAN: RM79.90 (2in1:DAY AND NIGHT CREAM)
HARGA KAMI:RM75.00 (2 in 1)

HARGA PASARAN:RM49.90/botol
HARGA KAMI:RM39.00/botol

*Kos penghantaran adalah percuma (bagi set percubaan dan set penuh shj).