Monday, April 9, 2012


Panduan Penjagaan Produk

Produk ini adalah 100% dari bahan- bahan semula jadi. Penjagaan yang baik 
adalah perlu bagi memastikan produk ini tidak rosak. Antara tips-tips penjagaan adalah seperti berikut:
  • Jangan dedahkan produk dengan kotoran/ permukaan yang kotor.
  • Jangan biarkan / simpan produk di tempat yang bersuhu tinggi (contoh: kereta)
  • Guna produk tidak melebihi 4 bulan selepas tarikh mula digunakan (produk tidak dijamin berkualiti lagi selepas tempoh 4 bulan tersebut)
  • Simpan produk di tempat bersuhu bilik dan bersih
Selamat menggunakannya;)

Sunday, April 8, 2012

PERBEZAAN JENIS SABUN SF BEAUTY

Sabun pembersih wajah Sf Beauty dirumus dari ekstrak buah dan rempah ratus tempatan terpilih, diperkaya dengan Vitamin C dan E untuk memelihara kelembutan dan kelembapan kulit secara alami. Didatangkan dengan 2 pilihan untuk pengguna, bersesuaian dengan masalah dan jenis kulit yang mereka miliki. Ia mengandungi asid glycolic (terhasil dari buah-buahan), yang berperanan mengangkat sel2 kulit mati secara lembut, dan memberi kesan penggelupasan yang sangat minimum serta menghalang pertumbuhan jerawat.

Vitamin C (asid askorbik) dalam sabun pembersih Sf Beauty membantu mereka yang bermasalah jerawat dengan mengawal pembiakan bakteria penyebab jerawat, mempercepatkan kesembuhan luka, merawat parut serta menguatkan tisu kulit dan badan. Vitamin C amat diperlukan dalam proses pembentukan kolagen, iaitu jalinan protein penting yang berperanan membentuk lapisan kulit sihat dan kuat. Selain itu, Vitamin C juga berupaya mengawal pengeluaran sebum berlebihan yang menyebabkan kulit sangat berminyak, yang akhirnya menutup pori2 kulit dan menyebabkan bintik putih dan hitam di wajah. Dengan amalan berterusan, kulit tampil lebih licin, halus dan anjal.

Manakala sabun pembersih Sf Beauty berumusan Vitamin E (tocopherol acetate) pula bersifat antioksidan yang melindungi kulit dari kerosakan yang berpunca akibat sinar UV serta pencemaran. Ia mengaktifkan metabolisma bagi merangsang pertumbuhan kulit baru yang sihat, membantu sel2 kulit mendapat lebih oksigen dan kekal lembab. Hasilnya kulit lebih licin berseri, cerah serta mengelakkan penuaan pramatang seperi kedutan halus dan jeragat.
KESIMPULANNYA:
Jika anda miliki parut-parut jerawat lama tapi status sekarang jerawat baru tiada lagi atau sekadar naik 2-3 biji sebulan, pilih yang vit-E (kuning). Ia membantu mempercepatkan sel-sel baru tumbuh lebih sihat, akhirnya parut-parut tu akan pudar dan hilang secara semulajadi. Yang sabun vit-C (hijau) tu untuk mereka yg statusnya memang jerawat tengah membiak-biak di wajah. Sabun ini akan mempercepatkan jerawat kecut dan sembuhkan luka.

Monday, April 2, 2012

SF BEAUTY:

SF BEAUTY adalah salah satu daripada produk yang telah berjaya mencungkil rahsia alam yang terdiri daripada tumbuh-tumbuhan herba serta buah-buahan. Terlalu banyak rahsia herba/buah-buahan yang kita ketahui boleh merawat pelbagai penyakit selain daripada digunakan secara meluas oleh semua lapisan masyarakat seluruh dunia bagi mengekalkan kecantikan, melewatan penuaan,merawat parut dan luka. Masyarakat Melayu, Cina dan India sering menjadikan tumbuh-tumbuhan sebagai bahan asas dalam menjaga kecantikan.

SF BEAUTY juga turut mengorak langkah menyingkap rahsia tersebut maka terhasillah satu produk rawatan wajah yang 100% dari sumber semula jadi. Terlalu banyak testimoni yang membuktikan SF BEAUTY telah berjaya merawat masalah kulit kusam, jerawat dan jeragat. Oleh itu marilah menggunakan SF BEAUTY tanpa ragu. 

KANDUNGAN SF BEAUTY:

Selain kunyit, kandungan yang ada dalam produk krim siang Sf Beauty ialah temulawak. Sejenis tumbuhan herba yang turut kaya antioksidan yang melambatkan proses penuaan, turut berkesan mengubati jerawat dan merawat bintik2 hitam pada kulit.

Krim malam Sf Beauty pula diperkaya dengan sumber tumbuh-tumbuhan pergunungan serta zat tambahan dari sarang burung walit. Ia berupaya menyubur dan merangsang sel kulit agar sentiasa awet muda, halus, licin, lembut dan anjal. Selain menyegar dan melembabkan kulit, khasiat sarang burung walit juga boleh mengurangkan kedutan halus serta mencerahkan wajah.

Bagi sabun pembersih pula, ia ada campuran ekstrak buah-buahan dan madu lebah. Keistimewaan madu lebah memang sudah diketahui umum dalam memberikan kesihatan dan kecantikan kulit sejak zaman berzaman.

Gunakan set produk Sf Beauty secara teratur dan hasilnya pasti memuaskan hati anda. Ia produk yang selamat dan tiada kesan sampingan, malahan tidak membuatkan kulit kembali gelap atau kusam sekiranya pengguna berhenti menggunakannya.